BELI HABUK AYAM, BERTUKAR HABUK PADI
Kisah ini saya ceritakan semula untuk kenangan bersama. Bagi saya inilah peristiwa yang paling lucu dalam hidup saya.Saya akan tetap tersenyum jika terkenang pada kisah ini. Apatah lagi jika saya bertemu Si Faisal yang selalu menungkit cerita ini jika kami berjumpa. Kami ketawa sampai berair mata dan macam nak 'krem' perut dibuatnya.
Cerita bermula tatakala kami berada dalam Darjah 3 ( Tahun 1979 ) di SK Trusan. Masa tu Guru Besarnya Cikgu Jukin bin Matusop. Sekitar pukul 10.00 pagi lonceng pun dibunyikan menandakan waktu rehat sudah berakhir.Berebut-rebulah kami masuk ke dalam kelas masing-masing. Sambil mengesat peluh dengan badan yang bebau busuk selepas bermain bola di padang. Walaupun masa rehat tidak lama, kami tetap mengambil kempatan untuk bermain semasa rehat. Minatlah katakan, pantang dapat peluang.
Belum pun habis peluh dibadan, ( Maklum bukan ada kipas dalam darjah masa tu ) masuklah Cikgu Awangku Mohamad bin Pengiran Suhaili ke dalam kelas kami. Baliau adalah guru Bahasa Inggeris kami pada masa tu. Tau sajalah beliau adalah guru yang paling kami takut. Garang Sangat! Kalau masuk saja pasti semua diam. Rotan sentiasa ada ditangan.
Belum pun mula mengajar, beliau macam teringatkan sesuatu. Dengan suara yang nyaring dipanggilnya nama kami berdua. "Moktar, Faisal mari sini!". Masya Allah... lenyap rasanya jantung. Sambil tertanya-tanya dalam hati apa pula dosa kami ni, kami serentak ke depan menghadap beliau. Diam seribu bahasa menanti apa saja yang mungkin terjadi.
Dia mula membuka bicara "Macam ni, kamu dua pergi ke kedai Trusan, tolong belikan cikgu habuk ayam! nah ambil ni RM2, Ingat jangan pergi mana-mana, hantar terus ke rumah dan balik ke sekolah." ujarnya panjang lebar. Uhh... lapang dada. Rupanya kan menyuruh kami beli barang. Ingat apa tadi. Namanya murid rajin mana kan menolak kalau disuruh cikgu. Apa lagi kalau ke kedai. Kedengaran beberapa orang rakan di belakang turut bersuara mahu ikut juga ke kedai. Tak pasal-pasal pula kena marah dan kena rotan cikgu. Baru tau padan muka!!
Dengan bangganya kami berdua pun pergi. Entah tak ingat pula basikal BMX siapa yang kami 'simbat' (pakai tanpa kebenaran) ani. Kalau tak salah ingatan saya basikal Awangku Sami bin Pengiran Hj. Bakar mungkin. Ahh bukanya orang lain, rakan sekelas dan seperkalahian kami juga. Jauh sekolah ke kedai Trusan ialah sekitar 2km ( jauh juga tu). Masa tu belum ada jalan raya lagi. Guna jalan kampung yang becak. Tapi kerana seronok konon berkhidmat untuk guru, mana peduli jauh kah dekat!.
Oleh kerana saya besar sikit dari si Faisal, saya lah yang memandu. Si Faisal ikut saja dibelakang berpijak tempat pemegang tayar belakang. Siapa pernah merasa taulah tu mana tempatnya. Sampai seperuh jalan baru teringat apa yang cikgu suruh beli tadi. Si Faisal bertanya apa yang di suruh cikgu beli tadi tu. Dengan selamba aku menjawab 'abuk ayamlah'. Kami diam, meneruskan perjalanan biar pun sekali-sekala terpaksa berhenti dan menyorong basikal bila bertembung lopak air dan tanah becak. Kaki penuh dengan selut tanah becak, maklum bukanya bekasut pun pakai kaki ayam saja.
Cabaran utama kami ialah naik bukit sebelum sampai ke kedai Trusan. Bukannya tinggi pun, tapi bagi kami yang baru
seusia 10 tahun ketika itu mamang cabaranlah. Lagi pun rumah si Faisal terletak di kaki bukit tu juga, kalau penat boleh berehat dan minum air di rumah si Faisal. Sebab tu nama bukit tu orang panggil Bukit Hj. Osman sempena nama Datuk si Faisal, Hj.Osman bin Abg. Mat. Alah... datuk aku juga tu, saya dan si Faisal bukan orang lain mak saya dan bapa dia sepupu tau. Kan dijadikan cerita sampai di kedai Sapi ( Tauky Cina yang biasa di Panggil 'Sapi'), saya pun bertanya 'Ada jual habuk ayamkah tauky?' Tauky yang memang terkenal dengan pemarah dan muka masam itu menjawab
dengan kasar sekali. "Mana ala abuk ayam jual!" Kami berpandangan antara satu sama lain. Kecut hati kami dibuatnya. Si Faisal bertanya dengan saya. "Apakan habuk ayam ni?" Sebenarnya saya pun tak pasti. Tapi dengan yakin menjawab "Abuk padi kali". Apa lagi sikawani setuju dan ikut sajalah.
Kebetulan di Pekan Trusan tu ada gudang memproses padi ( enjin padi kata orang kampung ). Ianya dimiliki oleh
Pengiran Hj. Harun bin Pengiran Hj. Gani, tuan Imam Trusan masa tu ( kini Almahrum ). Apa lagi ke sanalah arah kami tuju tanpa berfikir panjang. Nasib kami malang lagi tuan punya gudang padi tidak ada di sana. Menurut orang yang yang kebetulan lalu di sana tu, beliau baru saja balik selepas memperoses padi kepunyaan orang tu juga sebentar tadi. Tanpa diarah oleh sesiapa, kami terus mengambil keputusan untuk pergi ke rumahnya saja. Bukan apa takut juga nak balik sedangkan tangan masih kosong. Kebetulan, rumah tuan punya gudang ni pun tidak jauh dari rumah si Faisal. Sampai di rumah yang kami maksudkan, kami memberi salam. Isteri Nek Hj. Harun, Nek Sema keluar menyahut salam kami. Beliau heran melihat kami yang berpakaian sekolah datang ke rumahnya."Kenapa?"tanyanya. Faisal diam saja, saya yang
jawab. "Nek Aji ada?"ujar ku tanpa menjawap soalan."Ada, sedang minum, kenapa?"tanya Nek Sema lagi keheranan.
Tanpa menunggu jawapan kami, Nek Sema terus masuk ke dalam dan tak lama kemudian Nek Hj. Harun keluar dan bertanya soalan yang sama. "Apa hal?" soalnya dalam loghat Sarawak. "Macam ni, Cikgu Awangku Mohamad menyuruh kami membeli abuk padi." ujarku sebagai juru cakap. Si Faisal diam saja. "Pakai apanya?" soalnya keheranan. Kami hanya mengelang kepada serentak tanda tidak tau. Lupa sudah tentang abuk ayam yang dipesan tadi. "Berapa ringgit?". "Dua ringgit"jawabku pantas."Banyak jua, pakai apanya?" Nek Hj. Harun bertanya lagi, tambah keheranan. Kami kali ini mengankat bahu, tak tahu apa sudah mau dijawab.
"Ada bawa karong guni?" tanya lagi
"Nada" jawab si Faisal
"Apalah pakai kamu membawa, banyak tu" ujarnya lagi
Saya dan si Faisal berpandangan. Hatiku berkata "Banyak jua dua ringgit ni!"
"Empat karung tu semuanya, 50 sen sekarung" jelasnya seperti memahami dan menjawab persoalan di hati kami berdua.
Terkejut besar kami dua bila mendengar empat karong disebutnya tadi. Bayangkan satu karong pun belum tentu kami boleh angkat inikan pula empat karong. Dia masuk semula ke dalam rumah dan sebentar kemudian keluar semula membawa beberapa
karong beras yang berlipat.
"Marilah..kita pergi ke sana" ajaknya.
Tanpa membuang masa, kami berdua akur saja dan terus mengikut dari belakang menuju ke gudang padi yang kami singahi tadi. Di sana, kami membantu mengisi habuk (hempas) padi ke dalam guni-guni tersebut. Selesai saja semua guni diisi, kami serahkan duit RM2 tadi kepada beliau.
"Apa pakai kamu membawa?"
"Pakai biskal, satu dululah kami bawa karang patang kali cikgu mengambil yang lain atu" ujarku
bersambung....
Khamis, 20 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
satu kenangan yg terindah...
BalasPadam